Monday 16 December 2013

Soal Jawab

Salam Semua...kat sini ada beberapa soalan lazim yang biasa dikemukakan oleh pelanggan-pelanggan setia pakngahmeniaga. Kalau ada beberapa soalan anda ada di bawah ni, so secara automatiknya soalan anda terjawab sebab kitorang dah sediakan jawapan sekali...

TAPI kalau soalan anda tiada dalam senarai di bawah, anda boleh la terus menghantar pertanyaan itu dengan memberikan komen di bawah atau pun terus email ke pakngahmeniaga@gmail.com... InsyaAllah kami akan menjawab segala soalan anda secepat mungkin...


1. Kenapa kami harus membeli dengan Pakngahmeniaga?

J: Sebab-sebabnya:
   a. Produk yang di jual oleh kami ini di jamin kualitinya.
   b. Harga yang kami tawarkan berpatutan dan terdapat diskaun.
   c. Tidak perlu keluar rumah untuk beli produk, hanya perlu klik barang, bayar online dan dapat barang.

2. Perkhidmatan kurier apa yang Pakngahmeniaga gunakan?  

J: Pakngah Meniaga menggunakan perkhidmatan courier CITYLINK Express (M) SDN BHD, SKYNET, Pos Laju atau POS MALAYSIA. Perkhidmatan kurier yang kami gunakan ini bergantung kepada tempat & permintaan pelanggan.

3. Berapa lama kami akan terima barang yang ditempah?

J: Tempoh penerimaan barang mengambil masa 1 – 3 hari bekerja dan kebiasaannya jika ke bandar-bandar besar mengambil masa 1-2 hari sahaja. Manakala di tempat-tempat terpencil mungkin mengambil masa 3 – 5 hari bekerja . Jika sekiranya terdapat sebarang kesulitan kami akan memaklumkan kemudian.

4.    Pada siapa harus anda rujuk jika tempahan yang telah dihantar masih belum sampai selepas 3-5 hari bekerja?

J: Sila semak dahulu di laman web perkhidmatan kurier berkenaan sebelum maklumkan kepada kami :
Pos Laju Malaysia : http://www.pos.com.my/ 
Skynet : http://www.skynet.com.my
Citylink Express : http://www.citylinkexpress.com/  
Jika sekiranya anda masih belum mendapat maklumbalas daripada perkhidmatan kurier berkenaan, sila maklumkan kepada kami.

5. Jika berlaku apa-apa kemudaratan, kepada siapa ingin kami buat aduan?
J: Kami hanyalah agen yang di lantik oleh pengedar untuk mempromosi dan menjual   barangan. Jika masalah mengenai kelewatan penghantaran, masalah pembayaran,  pertanyaan mengenai harga dll, sila email dan rujuk kepada kami. Sekiranya mempunyai masalah mengenai kemudaratan sepanjang menggunakan produk, sila hubungi pihak HQ yang menjadi pengeluar produk tersebut.

6. Mengapa tiada nombor telepon di paparkan?

J: Buat masa ini, kami hanya menerima tempahan melalui email sahaja.
  
PERHATIAN :
Setiap barangan yang hendak dihantar pastikan alamat adalah betul, mudah untuk posmen menyerah barang dan terdapat orang yang boleh menerima barangan sekiranya anda tiada di rumah. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya barangan yang dihantar TERBUKTI barangan tersebut telah diserahkan di alamat anda. Dengan pembelian barangan dari Pakngah Meniaga, anda telah bersetuju menerima syarat yang telah ditetapkan. Selamat bershopping!

No comments: