Saturday, 30 November 2013

KENALI KAMI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pelanggan setia pakngahmeniaga.blogspot.com

Pertama sekali, kami nak ucapkan terima kasih kerana sudi membelek dan meninjau-ninjau blog kami yang tidak seGAH seperti blog-blog yang lain.

Seperti tajuk di atas, kami ingin terangkan dan ceritakan serba sedikit kepada anda siapa kami.

Untuk makluman, perniagaan online kami ini telah beroperasi sejak 1/12/2013 lagi dan pada ketika itu hanya satu saluran sahaja yang ditubuhkan untuk melancarkan operasi perniagaan kami iaitu blog pakngahmeniaga yang boleh dicapai melalui pautan berikut http://pakngahmeniaga.blogspot.com

Kemudian, kami telah melancarkan sebuah Facebook Page yang diberikan nama "ferdelicious online shop" apabila merasakan pendekatan melalui facebook lebih berkesan dan dekat dengan pembeli. 

Apabila merasakan perniagaan kami ini boleh pergi lebih jauh dan ingin meyakinkan para pembeli terhadap perniagaan kami, maka kami daftarkan perniagaan kami secara rasmi dengan SSM pada 13/11/2014 melalui perniagaan yang diberi nama "FERDS ENTERPRISE". Jika anda masih tidak yakin, anda boleh semak nombor pendaftaran kami ini dengan SSM... 002380804-U.

Untuk pengetahuan anda juga, perniagaan online ini walaupun dijalankan secara kecil-kecilan tapi kami tetap mengutamakan kualiti dan jenama bagi memastikan pengguna/pelanggan berasa selesa dan puas terhadap produk yang dibeli dari kami. 

Untuk makluman anda semua, kami sebenarnya adalah agen yang di lantik oleh pengedar yang sah untuk menjalankan/melakukan perniagaan secara atas talian. Namun, jika terdapat kemudaratan berlaku disebabkan anda mempunyai alahan terhadap produk atau apa-apa yang berlaku di sebabkan sesuatu produk, kami tidak akan bertanggungjawab kerana kami hanyalah agen perniagaan online dan bukan pengeluar produk. Kami hanya bertanggungjawab ke atas penghantaran yang salah sahaja.

Kami juga ingin memberitahu bahawa tiada sebarang unsur penipuan disini, anda tidak perlu risau terhadap barang yang ingin ditempah atau telah dibayar. Jika anda sudah membuat bayaran, kami akan terus proses barang anda. Namun, tempoh barang anda untuk sampai ke alamat yang anda berikan, bergantung kepada tempat anda. Rujuk sini...http://pakngahmeniaga.blogspot.com/2013/12/faq-pertanyaan-lain.html

Kami juga ingin mencari rezeki halal yang mana kami percaya dan berpegang kepada konsep 'KEBERKATAN REZEKI'. 

Teruskan lah melawat blog kami utk mendapatkan pelbagai barangan pada harga yang istimewa, berpatutan dan yang penting ORIGINAL..

2 comments:

Noor Mala Shahar said...

follow blog ini dan menabung

el said...

singgah sini :)